Thursday, March 24, 2016

Sebelum aku tinggal nama...

    Fenomena luar biasa melanda negara kita.Suhu tinggi mencecah 34 darjah di tempatku!Walau pun hujan tetap turun, tapi suhu tak turun-turun!Rasa pelik tapi dengan kekuasaan Allah, tak jadi pelik.Tiada yang mustahil.Maka, walau pun hujan turun agak lebat, semasa mengajar, aku masih lagi berpeluh dengan banyaknya.Walau pun sewaktu aku di dalam kelas yang ada air con!Subhanallah!Ujian dari Allah buatku.

    Oleh kerana suhu yang melampau, aku belajar minum air tawar.Alhamdulillah kerana walau pun mulanya aku rasa loya dan perut rasa tak selesa, lama-lama aku mula biasa.Syukur kerana dapat kurangkan minuman manis.Mudah-mudahan aku tambah sihat. Itupun jika Allah beri peluang untuk aku lebih lama menghirup udaranya.Andai sebaliknya, aku redha je lah.... Sekurang-kurangnya aku diberi peluang untuk membuat persediaan sedikit sebanyak sebelum aku hanya tinggal nama...



Syoknya peluk botol sejuk!

2 comments:

Unknown said...

kat rumah saya air pun panas..nak mandi kena tadah dulu bagi sejuk..

Izwa Kamaruddin said...

sama la saya..air masak ni adalah sgt payah nak minum tapi lately ni mmg telan air masak jek

Post a Comment