Thursday, February 19, 2015

Watashiwa aishitemasu.....Hait!!!

  Yokosho Malesia e ! Watashiwa aishitemasu Fukuoka Dai -Chi Yakka High School, Japan!2 ayat Bahasa Jepun aku belajar 5 minit sebelum naik pentas wakil  pengetua untuk welcoming speech!Bertuah betul!Aku saja join event tu untuk beramah mesra dengan pelawat dari Jepun.Tiba-tiba, aku pulak kena beri ucapan alu-aluan sebagai wakil pengetua!
Berdebar jugalah tapi oleh kerana dah biasa naik pentas untuk impromptu speech,aku fikir positif je.

   Majlis santai je.Tak formal pun.Tapi kena standby lah juga.Jadi, sebelum naik pentas tu, aku toleh ke belakang dan tanya pelajar jepun ayat-ayat mudah tanda alu-aluan.Alahai.... Punyalah susah nak berkomunikasi.Penguasaan bahasa Inggeris yang sangat minimum.Aku tanya lain, dijawabnya lain.Rasanya anak-anak 2 Nurani aku lagi hebat berbahasa Inggeris daripada budak-budak high school mata sepet tu.Tapi bahasa ayam itik kami, ramah bukan main.Hasilnya, dapatlah aku beri ucapan singkat 5 minit.Sebagai balasan, wakil pengetua sekolah tersebut, Mr Toshi, beri juga ucapan, dalam bahasa Inggeris yang sangat mudah sambil membaca dari nota.

   Selepas ucapan alu-aluan, persembahan oleh kami sebagai host dan sekolah Jepun tu sebagai tetamu.Selalunya persembahan pihak tamu, biasa-biasa je.Ala-ala budak sekolah dengan uniform sekolah.Tapi, budak-budak Jepun kali ni, buat breakdance, sketsa, nyanyian dan tarian ala K Pop.Cuma yang tak seronoknya, etika berpakaian kali ni tak diikut.Seksi bukan main.Next time, memang kena tegas hal pakaian .Lepas tu, kami bawa ke stesen permainan tradisional,sepak takraw, sepak yem, congkak, batu seremban dan teng teng.Akhir sekali ke stesen pakaian tradisional.Seronok bukan main....Lepas ni bulan Mei, datang lagi satu kumpulan pelawat dari Jepun.Apa pun... Watashiwa aishitemasu Fufuoka Dai Chi Yakka High School.


Sekali lambung, sekali sebut, Waaaaaa!!!


Pakaian tak ikut etika, cekci!



Try main congkak.
Psst... Aku tak pandai main congkak.


Daripada 130 orang, si jejaka berkot hitam ni je yang fasih berbahasa Inggeris

0 comments:

Post a Comment