Wednesday, February 18, 2015

Terima kasih Rahmad Mega!

   Fuh!!Happy bukan main bila Rahmad Mega beritahu CD yang aku tunggu dah sampai.Bukan satu tapi 3.Jadi tanpa membuang masa, tengah hari tu juga lebih kurang jam 12, aku ke rumah Rahmad Mega.Selain CD, Rahmad beri aku 3 helai T shirt Rahmad Mega.Alhamdulillah... Budimu dikenang.Walau pun kawan, aku tetap minat Rahmad Mega dari zaman Bayangan Gurauan lagi.Lepas ambil CD tu aku terus ke sekolah.

   Dalam perjalanan, sempat juga aku dengar lagu yang aduhai... Sekali Lagi.Tak kiralah orang lain suka ke tidak.Tapi bagi aku, bukan setakat sekali lagi, beribu kali lagi pun takkan jemu aku dengar.Sejak kali pertama Rahmad Mega share lagu tu di whatsapp, aku dah jatuh cinta.Begitu juga dengan lagu Takkan Membencimu... Ada aku tanya, kenapa promote lebih pada lagu Hujan, sedangkan waktu itu aku tak berapa minat lagu Hujan.Aku rasa, lagu Sekali Lagi dan Takkan Membencimu lagi best.Tapi Rahmad kata, lagu Hujan tu kalau sekali dengar biasa je.Cuba dengar banyak kali.Meresap!!!Dalam hati kata, biar betul!

   Selepas berapa kali entah aku ulang-ulang main semua kelima-lima lagu tu, waaa..... betullah!!!Lagu-lagu yang aku tak berapa gemar tu mula meresap ke jiwa.Best pulak!Mudah-mudahan, lagu-lagu dalam album Rahmad Mega ni akan meletup.Takkan lagu orang muda je nak meletup! Sementara nak tunggu lagu-lagu tu meletup, tiap-tiap hari aku ulang-ulang dengar.Tapi peliklah!Sikit pun aku tak jemu bahkan makin meresap ke jiwa!!Cayalah Rahmad.Moga tambah sukses.



Ku serbui malam ini
Bersaksikan pelita keacuhan
Dalam hati yang ku cinta
Kini tiada lagi
Sepi kegelapan malam ini
Sepi lagi kekosongan yang kau beri
Tinggal pergi airmata

1 comments:

Noor Maizan said...

Saya pun suka lagu lama2 :)

Post a Comment