Monday, September 1, 2014

Tompel hidup semula dan Putih beranak.

   Cuti hujung minggu sempena hari merdeka, aku isi dengan menonton Saloma arahan Melissa Saila di Astro First.Aku tak malu nak mengaku aku memang minat dengan Saloma dan P.Ramlee.Jadi kena bayar RM20 untuk Saloma 1 dan Saloma 2 pun aku sanggup.Aku tau sentuhan Melissa mestu berkualiti.Kebetulan malam merdeka aku tak boleh tidur sampai subuh.

   Aku skeptikal bila tengok nama Azhan Rani yang jadi Tompel.Boleh ke?Kalau Adlin Aman Ramli tu ada juga iras-iras.Begitu juga dengan pemilihan Tony Eusoff sebagai P.Ramlee.Jauh panggang dari api.Kononnyalah.Tapi, bila aku menonton Saloma 1, fuyooo!Aku bagi 5 stars pada Azhan Rani kerana berjaya menghidupkan kembali AR Tompel.Dengan gestures, suara, gelak dan cara merokok.Aku tak pasti, Melissa yang hebat sebagai pengarah atau Azhan yang hebat AR Tompel.Betul-betul superb!Seribu tahniah aku ucapkan kepada keduanya!



Azhan Rani sebagai AR Tompel.

Alamak!Kena stop dulu! Ibu Putih beranak!Baru lahir seekor!Aku kena jadi bidan dulu ye.
Bye-bye!


Ibu Putih kesayanganku.

Yeah!Anak ibu lahir 31 Ogos.Bolelah namakan Merdeka dan Malaysia.

~Bersambung~

1 comments:

Unknown said...

Kucing kat rumah ni beranak 1st Sept haritu... ada 7 ekor kucing + 4 ekor kittens dah sekarang! :)

Post a Comment