Thursday, May 15, 2014

Doakan Azma.....

      Ya Allah ya Tuhanku.Aku bersyukur padamu kerana limpah kurnia yang kau beri.Walau pun tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya aku selalu tak sihat, namun ujian yang kau berikan tidak seberat ujian teman-temanku.Sekurang-kurangnya aku masih diberi nikmat untuk merasai indahnya nikmat dunia.Aku masih mampu bergerak bebas meski pun terkadang langkahku terganggu.

   Pada 12 Mei yang lalu, aku menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Sultan Ismail.Masalah yang tinggal hanyalah kolesterol tinggi.Aku perlu mengikut diet yang diberi oleh doktor.Jika tidak masalah untuk jantung.Namun, seorang temanku terlantar tanpa mampu berbuat apa-apa di tingkat 5 wad HDW ( High Dependency Ward) di HSI.

  Asalnya cuma gangguan di perut yang dijangka gastrik.Tetapi rupa-rupanya appendiks yang dah pecah.Akibatnya temanku perlu menjalani 3 kali pembedahan dan yang terakhir perlu ditebuk lubang di perut untuk pengeluaran najis.Dengan wayar berselirat di seluruh badan, di mulut.... Ya Allah..... tak sanggup aku lihat.Dengan demam panas dan suhu badan tinggi menambahkan lagi buruknya keadaan.... Doakanlah temanku Puan / Cikgu Norazmawati binti Rasydan.

0 comments:

Post a Comment