Tuesday, February 11, 2014

Terapi minda dengan bunga

   Dulu-dulu, zaman aku tingkatan 4 atau 5, aku suka tanam bunga.Terutama bunga mawar.Hinggakan dalam bilik pun aku tanam sepasu mawar merah.Tapi, hobi menanam bunga ni dah lama aku tinggalkan.Tiba-tiba, bila 2014 menjelma, teringin pulak aku menanam bunga semula.

   Mula-mula tu, aku beli benih bunga.Ada lavender, petunia, daisy dan macam-macam lagi.Kemudian, terfikirlah pulak nak beli tanah hitam.Maka aku pun berkunjung ke nursery.Mak aih!!!Banyaknya bunga!Cantik-cantik belaka!Sampai lupa tujuan asal aku nak beli tanah hitam.Aku tengok harganya pun murah.Cuma RM10 sepasu sama ada besar atau kecil dengan bunga yang rimbun.Jadi, aku pun belilah beberapa pasu.

   Balik ke rumah, aku terus letak tepi rumah.Tada!!!Terus jadi taman bunga.Hari-hari aku dok tenung bunga-bunga yang cantik tu.Kira terapi minda bagi aku.Tapi, bertuah betul anak aku si Panji.Dipancutnya salah satu bunga aku.Tak sampai sehari habis layu.Nasib baik tak mati terus.Punyalah power air kencing dia.OKlah.Aku share gambar je lah.



Inilah si bertuah anak aku, Si Panji tukang pancut.



Perkenalkan.... Dari kiri, lavender, kekwa, daisy,ros jepun dan balung ayam.Bunga mawar malu nak masuk gambar.



   Yang kuning tu kekwa dan yang lain-lain tu petunia.Sarang burung tempua tu aku bawa dari Kuala Terengganu.Nampak tak, bukan main botingkek-tingkek. 

1 comments:

krole said...

wahhh...menarik~ cantik2 bunga tu...sal si tukang pancut tu huhu~ sabo jela~

Post a Comment