Sunday, February 9, 2014

Budak Tingkatan 1 lagi baik.

   Aku rasa risau dengan situasi sekarang.Banyak sangat kes gaduh.Gaduh laki-bini, gaduh di kongsi, gaduh cikgu dengan menteri dan macam-macam gaduh lagi.Yang paling aku risau, gaduh ramai-ramai di stadium lepas menonton bola sepak.Fuh!Hebat bangsaku!Itu tak termasuk gaduh di laman sosial pasal politik atau 'pasal pusat'.(Tanya Sakinah).Pendek kata, macam-macam gaduh ada!

   Bila tanya pendapat A, sekolah @ cikgu yang dipersalahkan sebab tak pandai mengajar Mentang-mentanglah sekarang banyak kes cikgu denda budak.(Termasuk kes budak memfitnah cikgu mendenda sebab nak tukar sekolah) Bila tanya pendapat B pulak, emak bapak yang dipersalahkan sedangkan yang bergaduh tu ramai yang bukan budak-budak.Bila tanya C, lagi hebat.Kerajaan yang dipersalahkan.Banyak kononnya kekurangan kerajaan.Tapi bagi aku yang tak berapa tau ni, diri sendirilah yang patut dipersalahkan.

   Pertama : Rasa 'kekitaan' tu dah kurang sangat.Yang ada, rasa 'kenegerian'.Bukan tak bagus tapi kalau dah melampau sangat, jadilah macam kes JDT dan Pahang dan kes-kes lain tu.Cuba ada rasa 'kekitaan' tentu tak kisah JDT atau Pahang yang menang.Kan kita sama-sama Malaysia.Lainlah kalau lawan Singa tu.Bolehlah tunjuk lebih sikit semangat 'kenegerian'.Semangat kesukanan langsung tak de.Siapa yang tak nak menang tapi kalau kalah, kenalah terima.Tak payahlah bergaduh.

   Kedua : Bertindak terburu-buru.Cuba kalau ada apa-apa masalah tu, jangan ikutkan perasaan.Ini tidak, pantang kena provoke sikit dah nak menyingsing lengan.Keturunan Jebat, kot.Kalaulah budaya bergaduh ni tak dapat dibendung, alamat ramailah Jebat mati kena tikam atau mati katak.Patutnya Jebat ni 'hebat di universiti'.Tapi bila di U, semua cop tempat duduk belakang je.Tak nak duduk depan lecturer.Penakutlah pulak!Orang 'Ci' juga yang duduk di depan.

   Ketiga, keempat, kelima : Fikr je lah sendiri.Kesimpulannya, budak Tingkatan 1 sekolah aku pun lagi bijak sebab tak bergaduh walau pun dalam satu kelas, ada macam-macam bangsa.Minta-minta, bila dah besar nanti, tak delah jadi Jebat kaki gaduh.



Rindu pulak kat anak-anak murid aku Tingkatan 5 tahun lepas.


0 comments:

Post a Comment