Wednesday, November 6, 2013

Soalan Ramalan English SPM.Nak?

   Alamak!Aku lupa entry SEO!Ramai sangat yang call, sms, dll tanya pasal soalan spot untuk Paper English esok.Mintak maaf ye.Aku boleh bagi soalan-soalan yang aku spot tapi bukan soalan ramalan yang boleh dibeli dengan nilai tinggi bila dah dekat nak exam ni.Lantaklah orang nak ramal soalan apa.Aku spot berdasarkan analisis soalan-soalan lepas yang aku buat.Ambik masa oo nak buat analisis tu.Jadi, aku buat analisis dan soalan spot tu cuma untuk anak-anak form 5 sekolah aku je.Itu pun aku bagi sejak bulan September lagi dan last sekali Sabtu lepas, 2 November 2013 semasa aku buat kelas tambahan 8 hingga 12 tengah hari.Kalau malam ni baru nak call, baru nak tanya soalan ramalan, mintak maaf ye. Aku tak de soalan ramalan.Kalau aku tau pun aku tak nak bocorkan.Tak berkat duit gaji aku.jadi mintak maaf pada ibu-ibu yang call aku sejak semalam sampailah malam ni yang mintak soalan ramalan.Kalau anak dia orang yang mintak tak pe. Ni tidak.Jumpa aku buat sombong.Hah!Padan muka!



Burung kakak tua ni pun kalau ada peluang belajar English, tak mintak soalan ramalan!

1 comments:

Puteri Rindu said...

Emak bapak pun ada yang percaya bulat-bulat soalan ramalan keluar.Patutnya galak anak belajar dari awal.

Post a Comment